DazzleDania's Page (Facebook)

Dear My Customers / Followers..,
Follow us on facebook ♥
Click 'LIKE' to follow our updated stuffs and events there.

My Page : DazzleDania Stuffs

Link :
http://www.facebook.com/pages/DazzleDania-Stuffs

Saturday, July 30

Puzzling couple pillows

"Acik...!! Ibu suh panggil dina Sister D laaa..." Jerit anak buah melaka..huhuhuhu..
Pazzling couple pillow ni khas tuk anak buah ku Muhaimin dan Medina..
Ibu Elly ble la letak dalam keta dia..




Cute x??

Friday, July 29

KASIH SAYANG CRAFT KHAS UNTUK RUMAH AMAN

Sumbangan Ikhlas untuk anak-anak Rumah Aman Shah Alam

Sempena Bulan Ramadhan yang mulia yang bakal tiba tidak lama lagi, saya dan suami serta rakan-rakannya akan mengunjungi rumah anak-anak yatim di RUMAH AMAN Shah Alam pada 21 OGOS 2011 (Ahad)  INSYAALLAH dengan keizinanNYA.. 

Tujuan kehadiran kami, adalah untuk membuat beberapa sumbangan ikhlas untuk anak-anak kami di sana.

Sehubungan itu, saya  menjemput semua crafter-crafter yang ingin sama membuat sumbangan kepada mereka iaitu sumbangan dalam bentuk barangan craft atau apa-apa sahaja. Jom beramai-ramai kita memberikan KASIH SAYANG CRAFT KEPADA MEREKA.

Contohnya barangan yang boleh di sumbangkan..FELT KEYCHAIN, PENANDA BUKU, PLUSHIE dan apa-apa sahaja yang terlintas di kotak fikiran anda.


Saya akan membuat PERSONALIZE PILLOW (Bantal ada nama) untuk setiap orang anak-anak saya di sana nanti. Insyaallah..


Jika anda sendiri yang mahu menghantar sendiri sumbangan anda di RUMAH AMAN juga amat di alu-alukan.

Jangan risau..saya tidak akan mengambil sebarang keuntungan daripada sumbangan ini. 
SEMUANYA IKHLAS KERANA ALLAH TAALA..
 Segala BUKTI PEMBERIAN sumbangan anda, akan saya UPDATE di dalam blog ini selepas majlis
tersebut. 

Anda boleh berhubung dengan saya melalui telefon, lebih mudah untuk kita berurusan nanti..atau untuk sebarang pertanyaan boleh tinggalkan pesanan pada ruangan chit chat di blog saya.

Semua sumbangan boleh di poskan di alamat seperti di bawah:-

MOHD AZLAN B. AMINUDIN (KASIH SAYANG CRAFT)

No 31 Jalan 89
Kawasan 10 Pandamaran Jaya
42000 Pelabuhan Klang
Selangor 

Kunjungan ini berdaftar atas nama Mohd Azlan b Aminudin iaitu suami saya..
Anda boleh menghubungi Rumah Aman untuk pengesahan.. 
(0355190107- Pejabat / 0193766991 - Pn Rosnah)

MAKLUMAN : SERAMAI 28 ORANG PENGHUNI RUMAH AMAN ADALAH KANAK-KANAK LELAKI YANG BERUMUR 4 HINGGA 16 TAHUN.

"...BERSEDEKAH ADALAH SALAH SATU CARA UNTUK MEMBERSIH DAN MENYUCIKAN HATI..."

Sweet n Cute Pillow tuk Dania & Anti Bella

Khas untuk Dania anak ku yang terrr..comel didunia!!
JUST 4 U SAYANG..Mama buatkan banyak2 nanti ea..



Zulfa Hasya Dania

Bantal yang ni saya buat untuk Nabila a.k.a anti bella iaitu baby sitter Dania dulu. Skang dia tengah sambung belajar di Uitm Perlis..
Hope dia suka present yang saya buat ni..

Bantal bella da Diamond

Signature di bahagian belakang


Saya akan mengambil tempahan untuk bantal ni...
RM 20.00 satu xclude kos penghantaran..untuk COUPLE PILLOW design biasa RM35.00 sahaja.
COUPLE PILLOW da Diamond RM40.00 sahaja..
Jika berminat bagi tau je kat saya eaa...




Thursday, July 28

This evening balik ke rumah bonda ku dan kebetulan my sister da..Jadi suh dia jadi model jap..huhuhu..
Cute kerr?? Hair clips tau my sister yang cute??




Many thanks to my cute little sister memperagakan DazzleDania Dazzling Hair clips..
Thanks dear..






Semua items ni still on sale..Jom revise balik tengok semuanya..

Lawatan Kasih Sayang di RUMAH AMAN, SHAH ALAM

Kami di rumah anak-anak yatim Rumah Aman
Shah Alam.

Jam 2 petang tadi saya dan Si Manja ke rumah anak-anak yatim Rumah Aman di Shah Alam. Kebetulan tempat kerja husband membuat sumbangan beberapa buah komputer untuk anak-anak yatim di sini, dan my husband, juga mijang, rakannya menjadi photographer tuk ambik picture si comel 
yang berada di Rumah Aman.
Credit untuk Century Total Logistic!!


Pengasas dan Kakitangan Rumah Aman

Ni gambar Si Comel yang berada di Rumah Aman..Saya ambik kat ruangan gambar mereka..Cute kan!!
Anak-anak yang mendiami rumah ini semuanya LELAKI dalam lingkungan 4 tahun sehingga 16 tahun.
Betul kata pepatah..kanak-kanak bagaikan malaikat..tengok senyuman manis mereka ni...


 Ni pulak Art Corner budak-budak ni..Masing-masing da bakat tersendiri. TUMB UP!!


 Mereka ni semua hebat-hebat belaka. Tengok banyak piala dan pingat yang mereka simpan. Antaranya Pertandingan Deklamasi Sajak, Tilawah AlQuran, Robotics, banyak lagi la....



Tengoklah photographer kita neh..beriya-iya...huhuhuhu


Mereka ni semua da loker masing-masing untuk letak buku. Mereka semua telah di latih dengan baik untuk sentiasa dalam keadaan kemas dan teratur. 
 Mereka semua sangat bersopan-santun dengan tetamu..anak-anak yang soleh, menunaikan solat tepat pada waktunya.
Sangat rajin dan berbakat dalam sukan dan pelajaran.


Rasa-rasa ni pe benda eeejang...??? heheheh..

Jangan terkejut..YES! NO. OF WRONGDOINGS..
Tips untuk jadikan anak anda lebih berdisplin..Sangat teratur kan...



Ini adalah Bilik Bacaan yang ada di Rumah Aman, kemas dan sangaaaat bersih! 
Ada banyak buku cerita dan beberapa buah komputer.
Saya rasa masih lagi kurang bahan bacaan di sini..Jadi sesiapa yang ingin membuat sumbangan, sangat di alu-alukan..


Tengok si kecik ni..nak baca buku..

Mereka ni adalah sukarelawan di Rumah Aman yang mengajar Bahasa Inggeris di sana. 
Mereka dari luar negara dan sudah berada di Rumah Aman hampir 2 minggu mengajar budak-budak ni.
SYABAS UNTUK MEREKA BERTIGA!!
Jom ramai-ramai kita jadi sukarelawan...

 
Dania pun belajar sekali...heheheh

Sesi bermesra dengan peminat..huhuhu...

Husband ku sayang...huhuhu..syukur sangat dapat seorang suami yang penyayang dan pemurah.
Kerana husband ku, saya berkesempatan untuk berkongsi suka dan duka anak-anak yatim di merata tempat.
Dalam kita berada di atas, mengecapi kesenangan, tidur di tilam yang empuk, makan pelbagai jenis lauk, berada bersama insan tersayang....JANGAN LUPA mereka yang memerlukan..Bukan WANG RINGGIT yang mereka pinta, HANYA KASIH SAYANG yang mereka PERLUKAN...

APABILA KITA ADA NIAT UNTUK BERSEDEKAH..PASTI AKAN ADA JALAN YANG TERBUKA DI HADAPAN SAAT ITU...
SAYANGI MEREKA LEBIH DARI MENYAYANGI ANAK KANDUNG KITA..
Kata-kata berharga BAPA atau pengasas Rumah Aman yang masih terngiang-ngiang 
di telinga, mata dan hati saya.
Saya kagum dengan kegigihan beliau..

SENYUMAN ANAK-ANAK KAMI DI RUMAH AMAN...

Sempena kedatangan Bulan Ramadhan yang mulia tak lama lagi...Marilah kita melawat dan memberikan KASIH SAYANG KEPADA MEREKA..bukan untuK hari-hari tertentu sahaja, 
tetapi SETIAP HARI ANDA TERINGATKAN MEREKA..
apabila anda mengingati..maka anda akan berada 
SETAPAK DI HADAPAN MEREKA INI....
Ini adalah apa yang saya belajar untuk hari ini..Anda bagaimana??

RUMAH AMAN, SHAH ALAM (Seksyen 2)
Sila hubungi mereka :- 
0355190107 ( Pejabat )
0193766991 ( Pn Rosnah )

Tuesday, July 26

DazzleDania DIY Headband

SOLD OUT!!

Seperti yang di janjikan, saya dah pun hasilkan beberapa design headband yang kiut miut untuk anda..
 Ingat x picture kain cotton yang saya masukkan dlm blog beberapa hari lepas? 
Ini lah hasil kerja saya... 
Hope semua enjoy tgk blog saya..
Berkenan ble ORDER yeee...

PERHATIAN : DISKAUN akan diberi untuk pembelian lebih dari 3 item 


Model : Dania, Photographer : Mama Dania

Model memakai Dazzling Headband Design Pokadot dot dot..


Dazzling Headband Collections

Material : Elastic Headband, Cotton Flower ( Handmade)
Price : RM 10.00 ( 1 piece )
**Tidak termasuk kos penghantaran


 




Colorful Headband Collections

Material : Elastic Headband, Cotton Flower ( Handmade)
Price : RM 15.00 ( 1 piece )
**Tidak termasuk kos penghantaran


  
  

  

   

 
GET ONE FOR YOUR LOVE ONE.
 HAPPY SHOPPING EVERY ONE!!

DIY Plush Sticker Decoration

SALE SALE SALE!

My Belongs, my decisions....
DIY Plush Deco Stickers 

DPDS boleh kita guna untuk hias ape saje barang yang kita sayang dan hak milik sendiri.

Contohnya..Handphone, MP3, Laptop, dan sebagainya.. Senang je nak guna.
Dah nama pun stickers..jadi kat belakang material ni ada gam/glue..jadi tampal saje pada barang peribadi kesayangan anda untuk nampak lebih UNIK DAN EXCLUSIVE!!

Untuk semua pecinta CRAFT...
Ada banyak DESIGN..JOM KITA TENGOK. 
Dah puas tengok boleh la dapatkannyerr...huhuhu

Love Collection
 Available in 5 colors : Red, Pink, Purple, Blue, Black
 Hurry up! Get your collections now..

Assorted Collections
  Available in 3 design as per picture above..


Gothic Collections
  Available in 4 colors : Brown, Pink, Black, Darkest Black.


Size A4
SOLD OUT!!
 Material : Sebijik cam kain felt cuma nipis dan ada bulu-bulu lembut.
Belah belakang da glue.. 
 Size : Sila Rujuk gambar di atas.

RM 4.00 ( 1 piece )
RM 10.00 ( 3 pieces )
**Tidak termasuk kos penghantaran

Color dan design boleh campur xda masalah...