DazzleDania's Page (Facebook)

Dear My Customers / Followers..,
Follow us on facebook ♥
Click 'LIKE' to follow our updated stuffs and events there.

My Page : DazzleDania Stuffs

Link :
http://www.facebook.com/pages/DazzleDania-Stuffs

Monday, August 22

Majlis Berbuka Pose bersama Anak-anak Rumah Aman, Shah Alam

Syukur Alhamdulillah..Terima kasih Ya Allah..Sukacita di maklumkan Majlis Berbuka Pose bersama anak-anak Rumah Aman, Shah Alam berlangsung dengan jayanya..Lega terasa hati ni bila semua bejalan dengan lancar.
Dalam 20 orang yang sama-sama mengikuti majlis kami ini dan memberi beberapa sumbangan. Terima kasih kepada rakan-rakan suami ku yang sudi memberi sumbangan. Insyaallah..Tahun depan panjang umo da lagi majlis seperti ini..

Saya mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada Blog Zakiah Za Zi Zu yang telah turut serta dalam KASIH SAYANG CRAFT tempoh hari..Di maklumkan kepada beliau barang tersebut telah sampai ke Rumah Aman dengan selamat.


Buku yang di karang oleh beliau sendiri..


Berikut adalah gambar-gambar yang telah saya ambil semalam sewaktu majlis berlangsung di sana...Maaf gambar tak bape nak cantik..huhu..


Haa..ni bidadari saya..huhu..

makcik-makcik yang ikut sama dalam majlis ni..hee
Sepupu Dania..Alesya..
 
Saya telah menyelinap masuk ke tingkat atas..heheh



Sementara tunggu waktu berbuka mereka semua berselawat di tingkat atas..

Berbuka dengan beberapa biji kurma dan air kemudian Solat dulu sebelum sambung makan nasi.
Beratur ye adik-adik..jangan rebut2.



Macam biasa baca doa dulu sebelum makan..ikut tatatertib. Lepas makan semua berkumpul untuk dapatkan duit raya masing-masing..huhuhu. Semua anak-anak saya tak sabar nak dapat duit raya..

Sempat gak tu menyelit kat belakang..heheh

Tersenggeh dapat duit raya..Yahuuuu!!

Jeng..jeng..jeng..bantal tu macam kenal jerr..
Tanpa saya sedar air jernih dari kelopak mata hampir menitis kerana gembira melihat anak-anak saya di sana menerima dengan seikhlas hati mereka, hadiah yang saya berikan khas untuk mereka di peluk dengan erat seperti mereka semua memeluk saya dengan erat dengan ucapan terima kasih...sopp..sopp.. ;' }



 " Acik nanti bawak la Dania datang lagi. Saya nak main dengan dia". " Insyaallah nanti acik datang lagi.." Pesanan salah seorang peminat Dania di sana..huhu..



 Tengok la mereka, bukan main suka lagi..siap golek2..

Bye semua kita jumpa lagi ye!!..jerit anak-anak Rumah Aman..Insyaallah panjang umo kami akan ke sana lagi menjenguk mereka.


SYUKUR ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH KEPADA SEMUA!

No comments:

Post a Comment