DazzleDania's Page (Facebook)

Dear My Customers / Followers..,
Follow us on facebook ♥
Click 'LIKE' to follow our updated stuffs and events there.

My Page : DazzleDania Stuffs

Link :
http://www.facebook.com/pages/DazzleDania-Stuffs

Friday, July 29

KASIH SAYANG CRAFT KHAS UNTUK RUMAH AMAN

Sumbangan Ikhlas untuk anak-anak Rumah Aman Shah Alam

Sempena Bulan Ramadhan yang mulia yang bakal tiba tidak lama lagi, saya dan suami serta rakan-rakannya akan mengunjungi rumah anak-anak yatim di RUMAH AMAN Shah Alam pada 21 OGOS 2011 (Ahad)  INSYAALLAH dengan keizinanNYA.. 

Tujuan kehadiran kami, adalah untuk membuat beberapa sumbangan ikhlas untuk anak-anak kami di sana.

Sehubungan itu, saya  menjemput semua crafter-crafter yang ingin sama membuat sumbangan kepada mereka iaitu sumbangan dalam bentuk barangan craft atau apa-apa sahaja. Jom beramai-ramai kita memberikan KASIH SAYANG CRAFT KEPADA MEREKA.

Contohnya barangan yang boleh di sumbangkan..FELT KEYCHAIN, PENANDA BUKU, PLUSHIE dan apa-apa sahaja yang terlintas di kotak fikiran anda.


Saya akan membuat PERSONALIZE PILLOW (Bantal ada nama) untuk setiap orang anak-anak saya di sana nanti. Insyaallah..


Jika anda sendiri yang mahu menghantar sendiri sumbangan anda di RUMAH AMAN juga amat di alu-alukan.

Jangan risau..saya tidak akan mengambil sebarang keuntungan daripada sumbangan ini. 
SEMUANYA IKHLAS KERANA ALLAH TAALA..
 Segala BUKTI PEMBERIAN sumbangan anda, akan saya UPDATE di dalam blog ini selepas majlis
tersebut. 

Anda boleh berhubung dengan saya melalui telefon, lebih mudah untuk kita berurusan nanti..atau untuk sebarang pertanyaan boleh tinggalkan pesanan pada ruangan chit chat di blog saya.

Semua sumbangan boleh di poskan di alamat seperti di bawah:-

MOHD AZLAN B. AMINUDIN (KASIH SAYANG CRAFT)

No 31 Jalan 89
Kawasan 10 Pandamaran Jaya
42000 Pelabuhan Klang
Selangor 

Kunjungan ini berdaftar atas nama Mohd Azlan b Aminudin iaitu suami saya..
Anda boleh menghubungi Rumah Aman untuk pengesahan.. 
(0355190107- Pejabat / 0193766991 - Pn Rosnah)

MAKLUMAN : SERAMAI 28 ORANG PENGHUNI RUMAH AMAN ADALAH KANAK-KANAK LELAKI YANG BERUMUR 4 HINGGA 16 TAHUN.

"...BERSEDEKAH ADALAH SALAH SATU CARA UNTUK MEMBERSIH DAN MENYUCIKAN HATI..."

2 comments: